acara masa lapang aku….

October 6th, 2009 by shahrilshafinaziman

salam,

aku nak citer, acara2 yang aku wat time lapang. hahha. ntah apa2. sajer nak share. sharing is caring…. huhuh.

1. berjalan-jalan menghabiskan duit.

aku balik kerja kul 4.45 ptg. aku sampai umah slalunya sebelum 5. 10 ptg… pas amik abang ngan adik kat umah pengasuh. aku akan ajak hubby aku yang dok kerja kat umah jer tuh…. (pejabat dia kat umah aku…actually kat living room umah kami) gi jenjalan utk mengabihkan duit…. tak banyak pun kengkadang beli aiskrim sehinggit jer…. tapi suka nak jalan2. mgabihkan minyak kereta kut…

lokasi?

a) Kulim Landmark Central

b) Pasar malam yang ari2 ada kat kulim nier…

c) JUSCO sbrg Perai

d) TESCO extra sbrg Perai

e) the SUMMIT bukit Mertajam

f) umah kak ipar aku, iaitu akak sulung hubby aku kat Alma, Bukit Mertajam.

g) bakal  kediaman kami yang baru dapat O.C. minggu lepas.

h) PLAYGROUND kat Taman Delima, taman sebelah taman umah aku nier…

I) Kedai Runcit Guan Hong Long, Jalan Bukit Awi.

kesimpulan: ntah la…

2. hobby no 2 plak, aku suka membaca apa-apa perkara/ item/ article yang mempunyai keyword ” metabolisme, diet, health tip”.

apa impak bender2 nier dalam hidup aku???

a) aku ada diary yang macam journal ttg apa benda yang aku makan ari2. siap dengan total calories intake lagik…. dasat tul ler.. tapi tahan 2 bulan jer pastu hampeh…

b) aku telah memberi sebuah alat senaman “air walker” jenama TRAXX. yang berharga  RM 1998.00. hehehe… berat badan aku turun sebanyak 3 kg in 2 months. rutin senaman 30 min satu sesi. 3-4 sesi per week. so; amalan sihat lah… coz aku tak bleh la gi gym… kang ngamok anak2 aku.

c) aku berubah la cara makan skit… kalau dulu main hentam jer kan…

kesimpulan: aku akan usaha menurunkan berat badan… biarpun setahun lamanya… tahniah utk diri sendirik. wakakakaa…

3. hobby yg contrass ngan yg 2nd plak… aku suka nak masak… tapi my hubby not supportive la… bg dia kalau masak kena bagi kat orang… kita nier makan skit dah… aku plak pattern nak membalun jer…

antara resepi faberet aku:

a) kek coklat moist- dah lebih 6 kali wat kut…. 1 kali tak jadik, dia jadik bengkang coklat… huuhuu

b) asam pedas ikan, ayam. feberet kami, ayah aku, adik2 aku, hubby aku.

c) ayam halia. resepi ciptaan aku yang sesuai ngan tekak dan tembolok aku & keluarga.

d) nasik daging. ciptaan aku yang main hentam ajer bersama resepi air asam ciptaan abah…. wahh…

e) resepi terbaru yang success…. puding caramel. tq for my sis in law.

f) Ikan patin masak tempoyak… kalau wat mesti bagi kat pengasuh… dia suka sangat.

g) nasik tomato + ayam masak merah… rasa ada, tapi rupa kureeeng.

h) spagetti, macaoni, mushroom soup (tak digemari oleh hubby aku)

i) mee goreng (tetiap kali adik aku balik dia suh aku masak…. cam ner lah tu… utk ngah pah: ko kena blajar masak… ko kan nak kawen thn depan!!!!)

dan lain2 la… bukti aku terror masak, peningkatan berat badan aku dan hubby aku la… hehehe.

kesimpulan: aku akan belajar masak sbb anak2 aku dah nak besaq nier.

4. aku nak mula hobby arwah mama aku…. menjahit. potong baju kurung aku dah reti… jahit baju dia pun ok… nanti nak blajar jahit kain dia plak… tergendala sbb mesin jahit aku rosak lah plak…. nanti aku dah terror bleh la aku jahit baju gaun baby jannah.

ok lah… dah hilang hobby aku time remaja… aku suka membaca novel, cerpen dulu2. penulis kegemaran Tamar Jalis. Novel Seram….

bye… C ya…

My Journey… cont

May 5th, 2008 by shahrilshafinaziman

1999- Dapat masuk Kuittho (formerly known as ITTHO / PLSP), tapi skrg UTHM. Degree in Electrical Engineering (Information System)… Perjalanan kehidupan di awalnya agak payah… untuk pertama kalinya berjauhan ngan family yang masih di sabah… so kalau cuti aku akan balik kampung kat prt buntaq.

1st Sem: bersama teman seperjuangan CT, Anne, Ima dan Diana. aku ingat lagi… risaunya aku kalau kena "tendang"… CT la banyak tenangkan aku…

2nd sem: CT dan Anne pulak yang grad awal… hmm… aku memang dah down time tu… but… thank 4 my mom…. sabar layan ketensionan aku…

3rd sem: tahun yang memgajar aku apa maksud "kawan". thanks.

4th sem: aku dah jadi intan yang lain sejak tahun 2 ni… that why aku tak banyak mulut dah… risau pointer jer… cian kat mama and abah.. bila la family aku nak balik semenanjung nier????

5th sem: Allah kabulkan doa… Family aku pindah Kluang, Johor…. wow!… aku tetiap minggu balik umah…. start ni la badan aku naik… dah umah ngan parit raja 40 minit jer…

dan sem ni la aku jumpa my Mr Perfect … dating pun abah hantar… kah kah kah. He is very gentleman… slumber je.

6th ,7th, 8th sem: tahun yang sepatutnya menjadi tahun akhir… tapi aku telah menyusun subjek ikut suka ati aku… sekali lagi sebab jaga pointer.

tak pa la… aku kan tak gi matrikulasi… (haha… menyedapkan ati sendiri).

9th and 10th sem: final sem… my prince charming pun final sem… (dia budak matrik usm) so… sama la kami konvo… tak lah penat aku menjawab kenapa aku konvo lewat setahun… alhamdullillah… berakhir juga… ketakutan kena "tendang"…

berakhir 1st degree on 2003.

cuti…. nak tunggu posting la ni….

tapi, hasrat untuk bagi mama pegang ijazah yang aku dapat tak kesampaian… 29/5/2004: mama meninggalkan kami di dunia nyata … seminggu selepas hari lahirnya ke 44, 2 minggu selepas sambutan HaRI iBU…. seminggu sebelum aku bertunang… 2 minggu sebelum aku sambung master.

semoga roh mama tenang di sana…. ini bukannya pemergian, tapi perpisahan sementara… kerana aku cukup yakin Allah akan mempertemukan kami satu hari nanti. sakit yang paling menyakitkan: RIndu….

dan, aku pon g la sambung belajar…. yang aku lansung tak minat. coz aku nak kerja… tak larat woo belajar… tapi sebab mama yang minta. aku g je la.

1st sem: belajar la…

2nd sem: belajar lagi…. bila la nak abis nier???…. aku kawin time study….

yang makin parah… my hubby pun study… hidup la kami dalam kesederhanaan… makan la duit grant dari RMK 8… huhu

3rd sem: yey… dah nak abis dah…. saat paling getir… nak siapkan research… aku nak siapkan… laki pun busy gak…. jumpa 1 sem 2 kali je… buat thesis sampai menangis. .. bila pikir balik… ishh… tak sanggup nak pikir la.

abis master degree on 2005.

1/3/2006- 1st posting: Politeknik Kulim… dok la kat kulim indah permai… best…

aku enjoy jer… dan my Mr Perfect pun dapat jadi pensyarah kat UniKL, MSI… kat depan poli nier je…

best gak jadi cikgu nier… kecuali terpaksa berdepan ngan beberapa student yang tak reti nak hormat diri sendiri. … so macamna nak hormat pensyarah, ibu bapa etc… kalau diri sendiri pun tak hormat…??? tapi jangan la di ambil pusing… kerana dunia ini berpusing… lambat laun dia rasa gak "balasan". hehehe…..

interesting tau mengajar budak2 besar nier… ada yang lagi tua dari aku… so aku kena bukak buku " teaching adult in technical subjects".

kisah aku dan dia plak:…. selepas 9 bulan dijabkabulkan… aku pon pregnant…. dan baby yang sulung tuh dah 1 thn 8 bulan… iman. yang kedua… 6 bulan…. jannah. putera dan puteri dalam hidup aku dan dia. 

yang aku rasa skrg: PENAT. letihnya jaga 2 baby yang buas nier… cian my hubby… semua outdoor activities dia ( playing badminton, fishing, etc) terpaksa dibatalkan. kami pun dah tak bleh jalan2 shopping… hmmm… tak per… lagi 6 bulan jannah dah bleh jalan (ye ker???)… bleh la kami pi honeymoon.

dah la… dah abis…

penat la aku merepek…. aku penat tengok kertas ujian budak2 nier… sem ni aku kena tanda 93 paper (programming) n 47 (electrical tech.) , nak wat cenggana??? huhu….pastu aku menulis la dalam blog nier.

hidup ini memang keras?

the journey of my life…

April 29th, 2008 by shahrilshafinaziman

1981- dilahirkan di Hospital Parit Buntar Perak oleh seorang ibu yang aku panggil "mama"… until today panggilan itu lekat… kecuali untuk adik bongsu kesayangan kami yang memandai bagi gelaran lain kat mama aku… dia jer yang panggil "UMI". (Buat kengkawan: Sakitnya melahirkan tak terucap… kasihnya mama kita pun tak terucap… Selamat hari Ibu… May 2008)

1981- 1986- dibesarkan di Pulau Jerejak, Pulau Pinang… kerana ayah kesayangan aku seorang Pegawai penjara… tapi tak banyak yg aku ingat about this island. Sekarang dah ada hotel kat pulau tu… entah bila aku nak pergi… (To my Hubby: Jom kita honeymoon kat pulau jerejak!!!) .

menurut mama aku, aku adalah seorang anak yang = terlalu banyak cakap, terlalu banyak tanya, terlalu suka menyakat adik2 aku, pendek kata memang aku memang bising la… ( memang aku kuat cakap).

1987- berpindah di Penjara Simpang Rengam, Kluang, JOHOR.

Masuk darjah 1… 1 Biru… (aku tak masuk Tadika pun… sebab ??? aku dah pandai membaca time umur 5 tahun… kerana diajar oleh mama yang over garang… aku dah baca surat khabar BERITA HARIAN!!!~ dah kena paksa… redha jer la…)

darjah 2- 2 Biru, Masuk darjah 3 pun kaler Biru gak…

TAHAP 2-  4 Mawar next 5 Teratai next 6 Kenanga… (apa??? kenapa nama bunga? entah sekolah tukar nama bunga sebab warna dah abis kut… kelas banyak sangat dah sampai warna jingga n coklat da… karang ada nama kelabu asap, hijau pucuk pisang, merah bata… dah jadi lawak plak… huhuhu)

(to my closefren: Norren Noryana Othman Talib & Nurul Fadzillah Kamal- kat mana ler korang sekarang???- tak der plak aku jumpa dalam fenster …)

1992- UPSR. main jawab jer… tak da rasa kesedaran sivik pun… siap ada fail lagi. kah kah kah.

tapi, to be frank…. aku menyesal la… :(

1993- sepatutnya masuk SMK Dato’ Abdul Rahman Andak… tapi aku memandai mintak SMK Dato’ Hj. Hassan Yunos.  (Alasan??? Sekolah Rahman Andak tu start 1 A sampai 1 N… Mampuih… )

maka aku gi la SMDHHY… sekolah yang best… dengan kengkawan yang best… cikgu pun best… pendak kata memang BEST la…

(to kengkawan 1G (1993) & 2G (1994): Aku nak mintak maaf secara terbuka… sbb aku garang time aku jadik penolong kelas n pengawas… kes gila kuasa ker??? hahhah… aku tipu korang jer… aku tulis nama, tapi tak bagi pon kat cikgu…. SORRY again).

1996- aku transfer to Tawau, SABAH. Abah dapat naik pangkat.

aku sekolah kat SMK Kuhara… 1 word to describe this school- "Challenging". kenapa? sebab aku sensorang and tak der gang!!! huaghhhrrr!!!!

aku masuk 3G next 3D… (to Juliana, Saodah Ross, Asmah Ghani, Foziah, Ainye Junaidi, Marlina Abdul Karim, Suhana Yunchang and Haslina Supardi … thanks for being my fren…) korang la kawan aku, time aku susah… terima kasih bebanyak yer.

dan PMR- alhamdullilah… Allah mengizinkan…. keputusan boleh la…

1997- masuk 4 Sains rekacipta- Alamak… tak der kawan lagi… aku sorang jer yang masuk kelas sains nie… kawan2 lain dok kelas Geografi.

Allah maha Kaya- mempertemukan aku dengan kawan2 yang baik dan sekepala, Sumiati Pool, Salamah Ontong dan Suzaiyana Dewi DSJ. apa cerita korang yer…

1998- SPM…. satu kejayaan untuk pelajar tahap sederhana macam aku….terima kasih untuk semua orang yang berda disekelilingku…

sampai sini jer la…. aku menulis sbb tertiba ku teringat kat kengkawan… kenangan time sekolah… untuk kengkawan yang lain (walaupun namanya tak tercatat) …. korang membawa kesan dalam hidup aku… sungguh!!!…..

terima kasih ye. :)

me; intan shafinaz binti abd. razak

Nurul Jannah Binti Shahril Nizam

December 31st, 2007 by shahrilshafinaziman

31 Oktober 2007; 12.10 am.

Nurul Jannah telah selamat dilahirkan….

seronoknya bukan kepalang…. tapi memikirkan hari pantang… alamak…. malas tul nak berpantang nier.

1/1/2007… dah habis pon pantang aku. bleh la aku makan sesuka hati.

syukur, Allah bagi sepasang baby yg amat aku sayangi.

Muhammad Iman Bin Shahril Nizam

                         &

Nurul Jannah Binti Shahril Nizam

SEMOGA KITA DIBERKATI…. AMIN.

—— 6 SOALAN ——–

September 4th, 2007 by shahrilshafinaziman

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah
masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah
"Nafsu" (Al A’Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada

yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada

yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah
"lidah manusia". Kerana melalui lidah, kita menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya kita sendiri.

renung-renungkan… untuk dikongsi bersama.

;)

KERJA

August 7th, 2007 by shahrilshafinaziman
  • Busan nya kerja bila kena wat kerja-kerja "perkeranian" nier….
  • dah la aku jenis mim alif lam sin
  • kadang-kadang pernah terpikir nak quit jer… jadik Full time House wife… dulu ler… time lepas pantang… ahakz.
  • kengkawan? enjoy ker kerja???

to all my beloved friend….

June 16th, 2007 by shahrilshafinaziman

assalamualaikum…

sesapa yg bacer blog aku nier…

kesempatan nier… aku nak ucapkan

"Happy belated mother’s day" n " Happy father’s day" kat semua ibu-ibu dan bapa-bapa…

yang dah ada baby, babies… semoga bahagia selalu.

:) intan . . .